Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

SENARAI SEMAK SEBELUM AWDA MENINGGALKAN RUMAH AWDA

SEMASA PERCUTIAN / MELANCONG / PERAYAAN / BALIK KAMPONG


​Senarai semak ini adalah juga penting dalam meningkatkan keselamatan dan mencegah kebakaran semasa awda dan keluarga atau tidak ada penghuni di rumah samaada awda keluar  meninggalkan rumah untuk membeli belah,melancong keluar negeri,ke tempat perayaan atau majlis-majlis tertentu atau balik kampong.

Senarai semak yang dimaksudkan ialah :

  • Pastikan peti televisyen ditutup dan karan dimatikan.Cabut semua plug dari soket termasuk aerial peti televisyenUntuk keselamatan elakkan menutup menggunakan alat kawalan jauh dan meninggalkannya.
  • Pastikan  gas memasak(LPG) ditutup dan untuk keselamatan tanggalkan kepala gas dari silinder.
  • Cabut plug peti ais dari soket,kosongkan dan bersihkan peti ais tersebut.Jika perlu pasang pemutus litar yang berasingan sewaktu bercuti keluar negeri dalam jangka masa yang agak lama.
  • Suis utama dimatikan dan jika perlu pastikan pemutus litar  berfungsi dengan baik.
  • Lampu dimatikan dan jika perlu gunakan auto timer dan elakkan penggunaan lampu mentol
  • Keselamatan Kereta, tanggalkan kabel bateri.
  • Letakkan pam akuarium di atas penutup akuarium,jika terbakar pam akan terjatuh ke dalam air akuarium. Untuk keselamatan jauhkan pam dari dinding,langsir dan bahan mudah bakar.
  • Pastikan kipas angin siling,dinding atau berdiri ditutup dan tanggalkan plug dari soket.jika perlu pasangkan auto timer.
  • Alat penghawa dingin,tutup dan tanggalkan dari soket jika perlu pasangkan auto timer
  • Pastikan penggunaan colok,racun nyamuk(mosquito coil),lilin dan punting rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum meninggalkan rumah
  • Maklumkan pemergian awda jika untuk sekian lamanya kepada jiran yang terdekat dan boleh dipercayai .Jika perlu tinggalkan satu kunci pintu utama dan berikan nombor telefon awda untuk memudahkan dihubungi bila-bila masa.
Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung ke Public Relation Officer ​Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 2380402 ext 111

localization-checklist.jpg

Attachments
Created at 10/11/2016 11:51 by Andi Karmilawaty Binti Hj Abdul Karim
Last modified at 06/12/2016 12:31 by Nusratina Binti Hj Md Daud